Rabu, 1 Januari 2025

Sunnah Rasulullah saw

Selain al-Quran, Rasulullah saw meninggalkan sunnah sebagai warisan yang melengkapkan ajaran Islam. Sunnah adalah segala perkataan, perbuatan, dan persetujuan Rasulullah saw yang menjadi panduan dalam pelbagai aspek kehidupan umat  

Sunnah Rasulullah saw 

Praktik dan panduan baginda yang melengkapkan ajaran Islam.

Sunnah tidak hanya menjelaskan kandungan al-Quran tetapi juga memberikan contoh praktikal dalam mengamalkan ajaran Islam..

Definisi dan Kedudukan Sunnah 

a. Definisi Sunnah: Segala ucapan, perbuatan, dan persetujuan Rasulullah saw yang bertujuan membimbing umat dalam memahami ajaran Islam. 

b. Kedudukan Sunnah: Sunnah adalah sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Ia menjelaskan, memperinci, dan melengkapkan ayat-ayat Al-Quran. Firman Allah swt, Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka ambillah, dan apa yang dilarangnya maka tinggalkanlah. (al-Hasy, 7).

 Jenis-jenis Sunnah

Sunnah dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis utama:

a. Sunnah Qauliyah (Perkataan Rasulullah saw). Ini merujuk kepada sabda atau ucapan Rasulullah saw. Contoh: Sabda Rasulullah saw tentang keutamaan niat,
Sesungguhnya setiap amal itu bergantung pada niatnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

b. Sunnah Fi‘liyah (Perbuatan Rasulullah saw). Ini merujuk kepada amalan atau tindakan Rasulullah saw. Contoh: Cara Rasulullah saw menunaikan sembahyang, seperti yang disebut dalam hadis, Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang (Riwayat Bukhari). 

c. Sunnah Taqririyah (Persetujuan Rasulullah saw). Ini merujuk kepada tindakan diam Rasulullah saw terhadap tindakan atau perkataan sahabat tanpa teguran. Misalnya,  Persetujuan Rasulullah saw terhadap sahabat yang berijtihad dalam memilih waktu sembahyang Asar ketika Perang Bani Quraizah.

 Peranan Sunnah bagi Melengkapkan al-Quran

a. Menjelaskan Ayat-ayat al-Quran: Banyak ayat al-Quran yang bersifat umum, diperjelas dengan sunnah. Misalnya, perintah sembahyang, al-Quran hanya menyebut dirikanlah sembahyang (al-Baqarah, 43), tetapi tata caranya dijelaskan melalui sunnah. 

b. Memperincikan Perintah dalam Al-Quran: Ada hukum-hukum dalam al-Quran disebut secara umum, Sunnah memberikan perinciannya. Misalnya, kewajipan zakat, perinciannya seperti yang disebut oleh Sunnah seperti kadar dan jenisnya. 

c. Menambah Hukum Baru yang Tidak Disebut dalam Al-Quran: Ada amalan yang tidak disebut secara langsung dalam Al-Quran, lalu disebut oleh Sunnah, seperti larangan lelaki memakai sutera dan emas, disebut oleh hadis Rasulullah saw. 

 Contoh Praktik Sunnah dalam Kehidupan Seharian

a. Ibadah: Tata cara sembahyang, puasa, zakat, dan haji dijelaskan melalui sunnah. Rasulullah juga menunjukkan cara mengerjakan haji seperti yang dilakukannya dalam Haji Wada’.

b. Akhlak dan Etika: Sunnah memberikan contoh akhlak mulia seperti kejujuran, kesabaran, dan kasih sayang. Contohnya seperti yang disebut dalam hadis Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku. (Riwayat Tirmizi). 

c. Muamalat (Hubungan Sosial dan Ekonomi): Sunnah memberikan panduan dalam perniagaan, perkahwinan, dan hubungan sosial. Contohnya larangan riba dan anjuran jual beli yang adil. 

d. Kepemimpinan dan Politik: Sunnah menunjukkan bagaimana caranya menjalankan urusan pemerintahan dan kepemimpinan. Contohnya Piagam Madinah adalah sebagai model pemerintahan berdasarkan keadilan dan kerjasama.

 Hikmah Berpegang kepada Sunnah

a. Mendektkaan Diri kepada Allah: Rasulullah saw adalah suri teladan yang menunjukkan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini dibayangkan oleh hadis, Barang siapa mencintai sunnahku, maka dia mencintaiku, dan barang siapa mencintaiku, dia akan bersamaku di syurga. (Riwayat Tirmizi). 

b. Membentuk Keperibadian Muslim Yang Sempurna: Sunnah membantu individu membentuk akhlak dan sikap yang seimbang dalam kehidupan. 

c. Memelihara Kesatuan Umat: Sunnah menyatukan umat Islam dalam akidah, ibadah, dan amalan harian.

 Cabaran Mempraktikkan Sunnah di Zaman Moden 

a. Kurangnya Pemahaman Sunnah. Sebahagian umat Islam kurang memahami sunnah kerana tidak mendalami ilmu hadis. 

b. Pengaruh Budaya dan Globalisasi. Kehidupan moden kadang-kala menjadikan sunnah kurang diamalkan kerana pengaruh budaya luar. 

c. Penyebaran Hadis Lemah atau Palsu. Pentingnya memastikan hadis yang dijadikan rujukan adalah sahih melalui kajian ulama.

 Penutup: Sunnah sebagai Pelengkap Ajaran Islam

Sunnah Rasulullah saw adalah pelengkap kepada al-Quran, memberikan panduan yang jelas dalam kehidupan umat Islam. Sebagai umat Nabi Muhammad saw, kita dituntut untuk memahami, mengamalkan, dan menyebarkan sunnah baginda agar warisan ini terus menjadi cahaya yang membimbing manusia ke jalan yang benar. 

Ahad, 15 Disember 2024

Kita biasa mendengar hadis yang menyebut Di akhir zaman umat Islam berpecah kepada 73, hanya satu yang diredai Allah. Tentu kalian setuju untuk mengatakan yang 1 itu ialah Islam baginda Nabi saw. Tetapi apakah bentuk Islam baginda Nabi? Saya turunkan artikel yang berkenaan secara ringkas. Sila baca di halaman Indek Islam Hakiki. Ini adalah sebahagian daripada buku yang saya sedang usahakan. Insya Allah akan terbit pada hujung Januari 2025 atau selewat-lewatnya akhir Februari 2025. Maklumat awal boleh dilihat dengan scan barcode di blog header https://mastikaku.blogspot.com 

Khamis, 27 Jun 2024

Sebaik-baik Manusia

 Sbuah hadis menyebut, Sebaik-baik manusia ialah yang mendatangkan manfaat buat manusia lain, sejahat-jahat manusia ialah orang yang mendatangkan kerugian buat orang lain. Saya melihat hadis ini berkenaan dengan ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf.

Ayat 165 al-Anam adalah tentang asas kejadian manusi, menyebut bahawa Setiap manusia Allah jadikan sebagai makhluk yang dianugerahi dengan ketinggian darjat yang beberapa sahaja, tidak sama antara seorang dengan yang lain. Jadi dapat difahami bahawa manusia adalah makhluk yang mempunyai banyak kekurangan.

Apabila Allah memetakkannya di bumi (mangikut ayat 30 al-Baqarah) bagaimana manusia hendak hidup di bumi ini. Manusia memerlukan makan-minum, pakaian, tempat tinggal, dan sebagainya, dapatkah manusia menyediakan sendiri keperluan2 itu? 

Dapatkah manusia membuat kain sendiri dan dijadikan pakaian pula, dapatkah manusi merawatnya dirinya sendiri jika sakit, membuat rumahnya sendiri untuk tempat tinggal, dan sebagainya. Kedudukan inilah yang memerlukan manusia harus bergantung hidup kepada orang lain, untuk mencukupkannya bagi mendapt kehidupan yang sempurna. 

Apakah bantuan yang hendak diberikan kepada mereka itu? Ayat 69 al-Araf menyebut, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu

Kelebihan itu ialah yang berkait dengan akal seperti kecerdikan akal, naluri, emosi, kasih sayang, manakala kekuatan itu ialah yang berkait dengn tangan, kaki, mata dan sebagainya. Jadi bantuan yang boleh kita berikan ialah bermula dengan menggunakan kelebihan dan kekuatan itu tadi. Jadi di sisi Allah, sebaik-baik manusia ialah orang yang sikapnya suka membantu orang lain itu, yang disebut orang yang memberi manfaat buat orang lain.

Manifestasi dari kelebihan dan kekuatan itu ialah harta. Dengan kelebihan dan kekuatan itu manusia boleh mengumpul harta. Jadi harta adalah menjadi sebahagian daripada kelebihan dan kekuatan. Harus digunakan untuk membantu orang lain.

Mungkin akan ada orang yang mempersoal, misalnya harta itu sudah dizakat. Ya, betul. Tetapi selepas dizakat masih ada lagi bakinya yang di bawah kekuasaan kita. Bagaimana hendak mengurusnya? Allah mengatakan di dalamnya masih ada hak orang miskin dan asnaf. Jadi orang yang menggunakannya untuk membantu orang miskin asnaf itu tadi tandanya dia bukanlah orang yang bakhil lokek, mementingkan diri. Kerana itulah dia akan dinobat sebagai sebaik-baik manusia.

Bantuannya bukan sekadar menyantuni mereka sahaja tetapi harus berpada dengan jumlah hartanya. Misalnya orang yang lebihan harta ratusan ribu atau jutaan itu takkan sekadar menyumbang seperti mana mereka yang lebihan hartanya beberpa puluh ribu sahaja. Jadi sumbangannya haruslah dalam konsep membangun mereka itu tadi, sehingga mereka menjadi orang yang mampu membangun orang lain juga.

Allah dan Rasul-Nya melarang kita menggunakan harta lebih itu sebagai lambang kecemerlangan dan prestij kita. 

Kerana inilah Rasulullah saw menyatakan sejahat-jahat manusia adalah orang yang mendatangkan kerugian buat orang lain.

Banyak lagi penjelasan tentang ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf. Semuanya saya muatkan dalam ebook berjudul SEBAIK BAIK MANUSIA. Dapatkannya dari wonderbuuk.com 

Yang sangat penting tentang buku ini ialah mengenali Islam baginda Nabi saw. Saya sebutkan di sini kerana ada hadis menyebut 'Di akhir zaman umat Islam berpecah kepada 73, hanya satu yang diredai Allah. Pastinya yang satu itu ialah Islam baginda Nabi saw. Adakah Islam yang kita ikut hari ini sama dengan Islam baginda Nabi? Ada sebuah buku menyebut Sejak kedatangan Isla, terdapat banyaknya falsafah, mitos, kepercayaan, yang benar bercampur dengan yang salah. Kemungkinan kita berada dalam Islam ini, iaitu Islam yang tidak tulin lagi.

Jadi, ebook saya itu bertujuan mengajak kalian merenung kembali kedudukan ini. 

Selasa, 18 Jun 2024

Assalamu alaikum,

blog ini sedang dalam pembinaan, akan ditambah postingnya dari semasa ke semasa. Harap maaf.

Selain al-Quran, Rasulullah saw meninggalkan sunnah sebagai warisan yang melengkapkan ajaran Islam. Sunnah adalah segala perkataan, perbuata...