Konsep Islam Nabi

Definisi

Islam Rasulullah saw

 

Secara umum, Islam didefinisikan sebagai:

i. Akidah: Keyakinan kepada Allah yang Esa, para malaikat, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, dan takdir, baik yang baik maupun buruk (rukun iman). 

ii. Syariat: Sistem aturan yang mencakupi ibadah, muamalah (hubungan sosial), akhlak, dan hukum, yang diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad saw. 

iii. Akhlak: Islam menekankan perilaku yang mulia seperti kejujuran, keadilan, kasih sayang, dan kebijaksanaan. 

 

Ciri-ciri Islam

i. Monoteisme (Tauhid): Inti Islam adalah keyakinan akan keEsaan Allah (Tauhid). 

ii. Rahmatan Lil-Alamin: Islam ditujukan sebagai rahmat bagi seluruh alam (manusia, haiwan, dan lingkungan).

iii. Universal: Islam berlaku untuk seluruh manusia tanpa memandang ras, suku, atau status sosial. 

iv. Berlandaskan Wahyu: Pedoman Islam adalah al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw. 

 

Asas dan Tonggak Islam 

Islam memiliki lima rukun utama sebagai landasan praktis kehidupan seorang Muslim, iaitu: . 

i. Syahadat: Persaksian bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah. 

ii. Sembahyang: Menunaikan ibadah salat lima waktu setiap hari. 

iii. Zakat: Memberikan sebagian harta kepada yang berhak (fakir miskin, dan lainnya). 

iv. Puasa: Menahan diri dari makan, minum, dan hawa nafsu pada bulan Ramadan. 

v. Haji: Menunaikan ibadah haji ke Makkah bagi yang mampu. 

 

Tujuan Islam

i. Menghubungkan manusia dengan Allah (Habluminallah) melalui ibadah dan ketundukan kepada-Nya.

ii. Mengatur hubungan antara sesama manusia (Habluminannas) dengan prinsip keadilan, kasih sayang, dan persaudaraan.

iii. Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat melalui pedoman hidup yang seimbang. 

 

Kesimpulan

 

Islam adalah agama yang holistik dan komprehensif, yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia, dan alam semesta. Dengan mempraktikkan ajarannya, seorang Muslim diharapkan dapat mencapai keselamatan, kedamaian, dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.


Islam Rasulullah saw

Berasaskan Kekhalifahan

 

Aisyah, isteri baginda Rasulullah saw menyebut Akhlak baginda adalah al-Quran. Ertinya setiap kalimah dan setiap ayat al-Quran adalah asas akhlak baginda.

Justeru, apabila ayat 30 al-Baqarah menyebut, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi, baginda menyahut seruan ini lalu menjadikan dirinya sebagai seorang khalifah.

Khalifah biasa dikenali sebagai ketua pemerintan atau raja sesebuah negara Islam. Namun, terdapat beberapa ayat lain yang menyebut khalifah atau yang membawa maksud khalifah bukan bermkasud sedemikian. Misalnya ayat 14 Yunus, ayat ini jelas menyatakan umat Muhammad saw adalah khalifah. 

Jadi khalifah membawa dua maksud, sebagai ketua pemerintah dan satu lagi sebagai gelaran buat manusia biasa.

Khalifah ertinya pengganti. Misalnya setelah Rasulullah saw wafat, Abu Bakar dilantik menjadi penggantinya, digelar sebagai khalifah pertama. Gelaran khalifah ini membawa maksud ketua pemerintah. Manakala khalifah yang disebut oleh ayat 14 Yunus itu bermaksud gelaran buat manusia biasa, mengikut konteks ayat 14 Yunus, khalifah ialah gelaran buat umat Muhammad iaitu semua manusia zaman ini.

Jadi, ayat 30 al-Baqarah itu merupakan salah satu ayat yang sangat penting dalam konteks tujuan penciptaan manusia menurut Islam. Ayat ini menyatakan tujuan penciptaan manusia untuk dijadikan khalifah di bumi.

 

Ayat 56 az-Zariyat.

Ayat ini menyebut Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.  

Ramai yang berpandangan maksud ayat ini menjelaskan tentang tujuan utama penciptaan manusia dan jin, iaitu untuk beribadah kepada Allah. Namun mereka mengajak kita supaya melihat maksud beribadah di sini dalam konteksnya yang lebih luas daripada sekadar ibadah ritual seperti sembahyang, puasa, atau membaca al-Quran. Antara penjelasannya menyebut:

i. Ibadah bermaksud pengabdian sepenuhnya kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan, dengan niat untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Segala perbuatan, baik urusan dunia mahupun akhirat, boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut syariat dan dengan niat yang ikhlas. 

ii. Beribadah juga bererti tunduk patuh kepada perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya. Ini meliputi keimanan kepada Allah, melaksanakan perintah seperti solat, dan mengamalkan akhlak mulia. 

iii. Segala tindakan manusia, termasuk bekerja, belajar, membantu orang lain, dan menjaga alam sekitar, boleh dianggap ibadah jika dilakukan dengan kesedaran bahawa ia adalah amanah daripada Allah dan untuk memenuhi tujuan penciptaan. 

iv. Ibadah juga melibatkan pengakuan bahawa hanya Allah yang layak disembah dan dipuja. Ia mencakup kesyukuran, doa, zikir, dan semua bentuk penghormatan kepada Allah. 

v. Pandangan para ulama’: Ibnu Abas mentafsirkan liya’budūn sebagai supaya mereka mengenal-Ku, ertinya ibadah sejati bermula dengan mengenal Allah (makrifatullah), yang membawa kepada cinta, takut, dan harap kepada-Nya; manakala Imam Al-Qurtubi menyebut ibadah merangkumi segala bentuk ketaatan, bukan hanya ibadah ritual tetapi juga kepatuhan dalam seluruh kehidupan. 

 

Kesimpulan:

Kesemua di atas itu menunjukkan ibadah atau beribadah mencakupi dua aspek iaitu penghambaan kepada Allah dan ketaatan dalam aspek kehidupan. Tetapi tidak pula dihurai-kan kehidupan yang bagaimana, atau dengan kata lain hidup sebagai apa. Jika dilihat kehidupan tumbuhan sudah jelas corak kehidupannya. Bagi manusia bagaimana pula. Jika ini kedudukannya maka kita harus mempunyai senarai yang panjang apa yang diperintahkan dan satu senarai larangan-nya. Ini bukan kaedah Islam.

Islam agama yang menyediakan panduan bagi menentukan corak kehidupan. Hal ini disebut oleh ayat 2 al-Baqarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selain al-Quran, Rasulullah saw meninggalkan sunnah sebagai warisan yang melengkapkan ajaran Islam. Sunnah adalah segala perkataan, perbuata...