Islam sebagai sistem kehidupan.
Islam bukan hanya agama ritual (sembahyang, berzakat, berpuasa, haji, mengaji, berzikir, berdoa), tetapi merupakan panduan hidup yang lengkap meliputi aspek spiritual, sosial, ekonomi, politik, dan budaya. Al-Quran menyebut,
Islam Agama yang holistik (Syumul).
Imam Hasan al-Banna menyebut Islam adalah sistem kehidupan yang sempurna, meliputi aspek akidah, ibadah, akhlak, dan perundangan. Menurut beliau, Islam mengatur kehidupan manusia dari urusan peribadi hingga kenegaraan. Islam adalah agama dan negara, mushaf dan pedang. Ia adalah sistem yang lengkap untuk kehidupan manusia, meliputi semua aspek kehidupan.
Beliau juga memperkenalkan konsep syumuliah Islam melalui prinsip Islam adalah sistem hidup yang lengkap yang tidak terpisah antara agama dan dunia.
Kesyumulan Islam dalam Al-Quran dan Sunnah
· Imam al-Ghazali menekankan bahawa tujuan utama Islam adalah maslahah (kebaikan) manusia, iaitu menjaga lima perkara asas iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menajga akal, menjaga keturunan, dan menjaga harta. Jadi kesyumulan Islam, adalah berpandukan maqasid syariah ini yang meliputi dunia dan akhirat.
· Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Islam memberikan panduan lengkap yang sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Beliau menekankan, hukum Islam meliputi keperluan spiritual dan material manusia.
· Syed Qutb menjelaskan bahawa Islam adalah sistem hidup yang unik kerana ia adalah panduan yang berasal daripada wahyu Allah. Beliau menekankan bahawa Islam menawar-kan penyelesaian holistik kepada isu sosial, ekonomi, dan politik manusia.
· Dr. Yusuf al-Qaradawi menegaskan bahawa Islam adalah agama yang seimbang, meliputi dunia dan akhirat, jasmani dan rohani. Kesyumulan Islam bererti fleksibiliti dalam aplikasi hukum mengikut perubahan zaman dan keadaan.
· Abul A’la Maududi menyatakan, Islam bukan hanya agama, tetapi juga ideologi yang mencakupi kehidupan manusia. Jelasnya, syariah Islam mengatur individu, keluarga, masyarakat, dan negara.
Rasulullah saw sendiri telah menunjukkan bagaimana Islam adalah syumul dalam cara baginda mengatur ibadah, pentadbira negara, hubungan sosial, dan ekonomi. Contoh-contoh ini sering dirujuk oleh ulama sebagai bukti praktikal bahawa Islam adalah sistem yang lengkap.
Kesyumulan Islam dalam al-Quran:
1. Islam Sebagai Agama yang Lengkap dan Sempurna
· Hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan telah Aku redai Islam sebagai agamamu (al-Maedah, 3).
Ayat ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang sempurna, mencakupi segala aspek kehidupan manusia, baik di duniawi mahupun di akhirat.
2. Islam Sebagai Panduan Hidup Menyeluruh
· Ayat 38 al-An'am menyebut Tidaklah Kami alpakan sesuatu pun di dalam kitab ini (Al-Quran) Ayat ini menegaskan al-Quran sebagai pedoman utama mengandungi prinsip dan panduan untuk semua aspek kehidupan.
· Ayat 2 al-Baqarah menyebut Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Al-Quran berfungsi sebagai panduan hidup yang meliputi semua aspek: spiritual, sosial, ekonomi, dan politik.
Islam sebagai Rahmat untuk Seluruh Alam
· Ayat 107 al-Anbiya', Dan tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, menunjukkan kesyumulan Islam terserlah dalam misinya membawa rahmat kepada seluruh alam melalui nilai-nilai kebaikan yang universal.
Dasar-dasar Sistem Kehidupan dalam Islam:
Aqidah sebagai asasnya: Keyakinan kepada Allah dan kesedaran bahawa semua aspek kehidupan berasaskan tauhid.
Syariah sebagai panduan: Peraturan yang merangkumi ibadah, muamalat, munakahat, dan jinayah.
Akhlak sebagai hiasan: Etika kehidupan yang membentuk masyarakat beradab.
Kesimpulan
· Islam sebagai sistem kehidupan adalah rahmat untuk seluruh alam (rahmatan lil-alamin).
· Kepentingannya mengingatkan manusia untuk kembali kepada ajaran Islam yang menyeluruh untuk kesejahteraan individu dan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan