Khamis, 27 Jun 2024

Sebaik-baik Manusia

 Sbuah hadis menyebut, Sebaik-baik manusia ialah yang mendatangkan manfaat buat manusia lain, sejahat-jahat manusia ialah orang yang mendatangkan kerugian buat orang lain. Saya melihat hadis ini berkenaan dengan ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf.

Ayat 165 al-Anam adalah tentang asas kejadian manusi, menyebut bahawa Setiap manusia Allah jadikan sebagai makhluk yang dianugerahi dengan ketinggian darjat yang beberapa sahaja, tidak sama antara seorang dengan yang lain. Jadi dapat difahami bahawa manusia adalah makhluk yang mempunyai banyak kekurangan.

Apabila Allah memetakkannya di bumi (mangikut ayat 30 al-Baqarah) bagaimana manusia hendak hidup di bumi ini. Manusia memerlukan makan-minum, pakaian, tempat tinggal, dan sebagainya, dapatkah manusia menyediakan sendiri keperluan2 itu? 

Dapatkah manusia membuat kain sendiri dan dijadikan pakaian pula, dapatkah manusi merawatnya dirinya sendiri jika sakit, membuat rumahnya sendiri untuk tempat tinggal, dan sebagainya. Kedudukan inilah yang memerlukan manusia harus bergantung hidup kepada orang lain, untuk mencukupkannya bagi mendapt kehidupan yang sempurna. 

Apakah bantuan yang hendak diberikan kepada mereka itu? Ayat 69 al-Araf menyebut, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu

Kelebihan itu ialah yang berkait dengan akal seperti kecerdikan akal, naluri, emosi, kasih sayang, manakala kekuatan itu ialah yang berkait dengn tangan, kaki, mata dan sebagainya. Jadi bantuan yang boleh kita berikan ialah bermula dengan menggunakan kelebihan dan kekuatan itu tadi. Jadi di sisi Allah, sebaik-baik manusia ialah orang yang sikapnya suka membantu orang lain itu, yang disebut orang yang memberi manfaat buat orang lain.

Manifestasi dari kelebihan dan kekuatan itu ialah harta. Dengan kelebihan dan kekuatan itu manusia boleh mengumpul harta. Jadi harta adalah menjadi sebahagian daripada kelebihan dan kekuatan. Harus digunakan untuk membantu orang lain.

Mungkin akan ada orang yang mempersoal, misalnya harta itu sudah dizakat. Ya, betul. Tetapi selepas dizakat masih ada lagi bakinya yang di bawah kekuasaan kita. Bagaimana hendak mengurusnya? Allah mengatakan di dalamnya masih ada hak orang miskin dan asnaf. Jadi orang yang menggunakannya untuk membantu orang miskin asnaf itu tadi tandanya dia bukanlah orang yang bakhil lokek, mementingkan diri. Kerana itulah dia akan dinobat sebagai sebaik-baik manusia.

Bantuannya bukan sekadar menyantuni mereka sahaja tetapi harus berpada dengan jumlah hartanya. Misalnya orang yang lebihan harta ratusan ribu atau jutaan itu takkan sekadar menyumbang seperti mana mereka yang lebihan hartanya beberpa puluh ribu sahaja. Jadi sumbangannya haruslah dalam konsep membangun mereka itu tadi, sehingga mereka menjadi orang yang mampu membangun orang lain juga.

Allah dan Rasul-Nya melarang kita menggunakan harta lebih itu sebagai lambang kecemerlangan dan prestij kita. 

Kerana inilah Rasulullah saw menyatakan sejahat-jahat manusia adalah orang yang mendatangkan kerugian buat orang lain.

Banyak lagi penjelasan tentang ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf. Semuanya saya muatkan dalam ebook berjudul SEBAIK BAIK MANUSIA. Dapatkannya dari wonderbuuk.com 

Yang sangat penting tentang buku ini ialah mengenali Islam baginda Nabi saw. Saya sebutkan di sini kerana ada hadis menyebut 'Di akhir zaman umat Islam berpecah kepada 73, hanya satu yang diredai Allah. Pastinya yang satu itu ialah Islam baginda Nabi saw. Adakah Islam yang kita ikut hari ini sama dengan Islam baginda Nabi? Ada sebuah buku menyebut Sejak kedatangan Isla, terdapat banyaknya falsafah, mitos, kepercayaan, yang benar bercampur dengan yang salah. Kemungkinan kita berada dalam Islam ini, iaitu Islam yang tidak tulin lagi.

Jadi, ebook saya itu bertujuan mengajak kalian merenung kembali kedudukan ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selain al-Quran, Rasulullah saw meninggalkan sunnah sebagai warisan yang melengkapkan ajaran Islam. Sunnah adalah segala perkataan, perbuata...