Misi/Dakwah

Misi dan dakwah Rasulullah saw.

Misi kerasulan Nabi Muhammad saw bermulai ketika beliau menerima wahyu pertama dari Allah swt di Gua Hira’. Rasulullah, seorang pemuda yang dikenal sebagai al-Amin (yang dapat dipercaya), sering menghabiskan waktu untuk bertafakur dan mencari ketenangan di gua tersebut. Di usia 40 tahun, ketika beliau tengah bertafakur di Gua Hira’, peristiwa luar biasa terjadi. 

Jibril as datang membawa pesan Allah. Dalam keadaan yang sangat mendalam dan penuh wibawa, Jibril memerintahkan: Iqra’! (Bacalah!). Namun, Rasulullah menjawab dengan jujur, Aku tidak bisa membaca. Perintah itu diulang hingga tiga kali, lalu Jibril menyampaikan firman Allah:

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Mahamulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (al-‘Alaq, 1-5)

Wahyu ini petanda permulaan kenabian Rasulullah saw dan menjadi titik tolak misi beliau untuk menyebarkan Islam sebagai agama tauhid.

Permulaan Dakwah

Peristiwa di Gua Hira' itu dijadikan permulaan oleh Rasulullah memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi (sirriyah) selama tiga tahun pertama. Dalam tempoh itu baginda berdakwah kepada keluarga dan sahabat dekat. Antara beberapa orang pertama yang memeluk Islam ialah Khadijah ra, Ali bin Abi Thalib ra, Zaid bin Haritsah ra, dan Abu Bakar Ash-Shiddiq ra. 

Tiga tahun kemudian, Allah memerintahkan Rasulullah saw untuk berdakwah secara terbuka (jahriyah). Baginda mulai menyeru masyarakat Quraisy untuk meninggalkan penyembahan berhala dan menyembah Allah swt. Ketika inilah Rasulullah menghadapi berbagai tentangan, termasuk penolakan hebat dari sebahagian besar penduduk Makkah, tetapi baginda tetap tabah. 

 

Misi kerasulan Rasulullah saw adalah membawa manusia kepada kebenaran, mengesakan Allah, dan memperbaiki akhlak umat manusia. Wahyu pertama yang baginda terima merupakan permulaan dari perjuangan panjang yang penuh hikmah, kesabaran, dan keteguhan iman. Dakwah yang dimulai di Gua Hira’ ini kemudian berkembang menjadi misi global yang mengubah wajah dunia hingga hari ini.


Dakwah Rasulullah saw di Makkah menghadapi tentangan yang hebat dari kaum Quraisy, yang merasa terancam oleh ajaran Islam. Penentangan ini muncul dari berbagai aspek: politik, sosial, ekonomi, dan keagamaan. 

 

1. Sebab-Sebab Penentangan Kaum Quraisy

· Kaum Quraisy melihat Islam mempromosikan persamaan darjat, yang boleh mengancam kedudukan para pemimpin Quraisy.

· Kaum Quraisy melihat ajaran ketauhidan Islam boleh meng-ancam keyakinan dan status agama mereka, yang sangat terikat pada penyembahan berhala, yang juga menjadi sumber penghidupan mereka sebagai penjaga Ka'bah.

· Islam dilihat boleh menghancurkan sistem berhalanya yang menguntungkan Quraisy secara ekonomi.

· Pemimpin Quraisy khuawatir bahwa dakwah Rasulullah akan mengurangi pengaruh politik mereka.

2. Bentuk-Bentuk Penentangan

Kaum Quraisy menyebarkan propaganda bahawa baginda adalah  penyihir, dukun, dan orang gila, dan mengeluarkan kenyataan menghina mengatakan al-Quran adalah dongeng yang dibuat-buat.

Contohnya, Abu Lahab dan istrinya, Ummu Jamil, sering menghina Rasulullah saw secara terbuka. Bahkan, Abu Lahab melemparkan najis kepada beliau ketika berdakwah. 

Kaum Quraisy juga melakukan pemboikotan ekonomi dan sosial terhadap Bani Hasyim selama tiga tahun di Syi’ib Abu Thalib, dan pengasingan terhadap para pengikut Rasulullah, terutama yang berasal dari golongan lemah seperti budak dan orang miskin. 

Tindakan fizikal juga dilakukan oleh kaum Quraisy. Bilal bin Rabah misalnya disiksa dengan menindihnya dengan batu besar di tengah padang pasir karena keimanannya. Ammar bin Yasir dan keluarganya menghadapi penyiksaan hingga Sumayyah, ibu Ammar, menjadi syahid pertama dalam Islam. Rasulullah sendiri sering dilempari batu, dilumuri najis unta, dan diancam untuk dibunuh. 

Kaum Quraisy juga cuba melakukan penawaran kekayaan, kekuasaan, dan status sebagai pemimpin Quraisy.Namun Rasulullah dengan tegas menolak tawaran tersebut, seraya berkata Demi Allah, andai mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan tugas ini, aku tidak akan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya atau aku binasa karenanya. 

Paling trajis ialah rancangan kaum Quraisy merancang untuk membunuh Rasulullah, terutama menjelang hijrah ke Madinah. Rencana ini digagalkan oleh Allah melalui wahyu, dan Rasulullah berhasil keluar dari Makkah secara aman bersama Abu Bakar Ash-Shiddiq. 

3. Respons Rasulullah

· Rasulullah tidak pernah membalas hinaan atau kekerasan dengan kekerasan. Beliau tetap menyeru dengan hikmah dan kelembutan. 

· Akhlak Rasulullah yang terpuji menjadi daya tarik dakwahnya. Bahkan, beberapa penentang akhirnya memeluk Islam setelah menyaksikan kesabaran dan ketinggian moral baginda, Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthalib. 

· Malah Rasulullah selalu mendoakan kebaikan bagi kaum-nya, meskipun mereka menolak dakwahnya. Doanya yang terkenal adalah Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui.

4. Hikmah dari Penentangan Quraisy

· Penentangan ini mendedahkan perbezaan antara golongan yang beriman dengan yang tidak.

· Umat Islam menjadi lebih bersatu menghadapi cobaan.

· Penindasan menyebabkan umat Islam hijrah ke luar Makkah, yang justru memperluas dakwah Islam. 

 

Kesimpulan 

Cabaran dan penentangan dari kaum Quraisy menjadi ujian besar bagi dakwah Rasulullah saw. Dengan kesabaran, keteguhan, dan kebijaksanaan, beliau terus menyampaikan ajaran Islam hingga akhirnya Islam berkembang pesat dan menjadi rahmat bagi seluruh alam. Penentangan ini mengajarkan pentingnya istiqamah dalam menghadapi rintangan di jalan kebenaran.


Kira-kira, apakah penentangan dari golongan 72 apabila disebut semula hadis yang menyebut Umat Islam berpecah kepada 73, hanya satu yang diredai Allah itu, lantaran mereka telah berpegang kepada Islam tradisi, yang banyak terpalit dengan falsafah, metos, kepercayaan dan sebagainya, bukan Islam baginda saw.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selain al-Quran, Rasulullah saw meninggalkan sunnah sebagai warisan yang melengkapkan ajaran Islam. Sunnah adalah segala perkataan, perbuata...