Apabila isteri baginda Nabi, Aisyah, berkata Akhlak baginda adalah al-Quran,
ertinya setiap ayat dan kalimah dalam al-Quran adalah asas akhlak baginda Nabi saw.
Apabila ayat 30 al-Baqarah menyebut
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi,
baginda Nabi saw menyahut seruan ayat ini,
lalu menjadikan dirinya sebagai seorang khalifah.
Dengan demikian baginda menjadikan ayat-ayat yang menyebut khlaifah, atau yang membawa maksud khalifah sebagai asas akhlak dan keperibadiannya.
Apabila ayat 165 al-Anam menyebut,
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, ertinya inilah antara asas akhlak dan keperibadian baginda.
Apabila ayat 69 al-Araf pula menyebut,
Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu, ertinya inilah juga yang menjadi asas akhlak dan keperibadian baginda Nabi saw.
Ertinya, dua ayat ini juga yang dijadikan asas dakwah baginda, baginda menyeru agar umatnya berpegang kepada idea ini sebagai prinsip hidupnya.
Apabila di hujung ayat 74 al-Araf menyebut,
Janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi, ertinya baginda berpegang kepada idea menjaga alam sekitar, malah menyayanginya; dan dalam dakwah baginda menyeru agar berpegang kepada sikap menjaga dan menyayangi alam sekitar.
Pendek kata, penampilan baginda adalah berasaskan ayat-ayat yang menyebut khalifah, atau yang membawa maksud khalifah. Jadi adalah tidak silap untuk mengatakan agama baginda juga berorientasikan kekhalifahan.
Jika kita lihat ayat-ayat tentang khalifah yang di atas itu tadi kesemuanya adalah menyentuh soal kehidupan, tidak sedikit pun menyebut perintah beribadah. Ertinya tujuan penciptaan manusia, atau tujuan Allah mencipta manusia dan meletakkan di bumi ini adalah untuk menjalani kehidupan, bukan untuk beribadah. Maka, inilah juga idea KeIslaman baginda.
Bagaimana dengan kita?
Apakah asas keIslaman kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan