Sebuah buku yang saya baca menyebut, Sejak kedatangan Islam, iaitu Islam Nabi saw, mendedahkan terdapat banyaknya kepercayaan, konsep, falsafah, mitos, tahyul, tradisi dan adat, di mana kepalsuan bercampur aduk dengan kebenaran, yang salah dengan yang benar, yang karut marut dengan agama, dan mitos dengan falsafah. Ini menyebabkan hati nurani manusia bercelaru dan berspekulasi, yang tidak ada tanda-tanda akan reda.
Baginda Nabi saw lahir pada tahun 571 masehi, dan mula berdakwah sebaik sahaja diangkat menjadi rasul pada umur 40 tahun. Cuba kalian kira sampai tahun 2024 ini sudah berapa tahun usia Islam baginda.
Sepanjang tempoh itulah baginda berusaha membersihkan kepercayaan, konsep, falsafah, mitos, tahyul, tradisi dan adat yang disebut itu. Namun realitinya, sehigga hari ini kedudukan masih kekal, belum ada tanda-danda akan luput. Ditambah pula dengan tempoh sebelum kelahiran baginda, ertinya sudah lebih dari 1413 tahun unsur-unsur tersebut mencemari Islam.
Rasanya, mau juga bertanya apakah puncanya? dan sejak bila?
Ertinya kebanyakan kita umat Islam hari ini masih menganuti Islam yang tidak betul, tidak seperti yang baginda Nabi kehendaki. Berapa ramai pula yang telah meninggal dalam Islam yang tidak betul itu. Apakah nasibnya.
Misalnya ada umat Islam yang kenduri menyembelih kambing dan sebagainya itu setiap kali lahir seorang bayi Muslim, adakah ajaran baginda Nabi saw?
Riwayat menyebut, sebaik sahaja baginda lahir, dan mencapai umur satu minggu disebut keluarganya menyembelih unta untuk kenduri. Ini menunjukkan bahawa tradisi menyembelih unta itu bukan ajaran baginda kerana ketika itu baginda masih bayi lagi. Inilah yang diamalkan oleh sesetengah umat Islam.
Hari ini kebanyakan umat Islam mendirikan sembahyang tujuannya untuk mengharap pahala, apakah puncanya. Riwayat menyebut ibadah sembahyang, zikir dan puasa Nabi Musa as tidak diredai Allah kerana tujuannya untuk faedah diri sendiri. Jadi besar kemungkinannya sejak era Nabi Musa-lah, atau sebelumnya, fahaman menunaikan sembahyang bagi mendapat pahala itu bermula.
Kebanyakan umat Islam hari ini berpegang kepada fahaman hidup untuk beribadah. Walhal hakikatnya ayat 138 al-Baqarah menyebut, (Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Islam adalah) Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh cara hidup Islam), ertinya Islam adalah agama cara hidup.
Jika kita fikir-fikirkan secara logik pun, dari tempoh masa 24 jam sehari semalam, Allah mengaturkan supaya kita menggunakan masa sekitar 1 jam sahaja untuk menunaikan sembahyang lima waktu, selebihnya yang 23 jam lagi itu untuk apa? Ayat 10 al-Jumuah menyebut, Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari lempah kurnia Allah. Ertinya selepas sembahyang keluarlah untuk menjalani kehidupan.
Ertinya yang 23 jam lagi itu adalah untuk menjalankan urusan kehidupan. Mengapa timbul fahaman hidup untuk beribadah?
Berapa ramaikan umat Islam yang meninggal itu mati dalam keadaan Islamnya yang tidak betul.
Bagaimana dengan kita sekarang ini.
Banyak contoh yang kalian boleh cari situasi seperti di atas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan